fbpx

Budak 11 tahun lemas jatuh sungai, rakan masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

RANTAU PANJANG – Seorang budak perempuan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam alur sungai di Kampung Banggol Petai, di sini petang tadi.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Aisyah yang berusia 11 tahun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah dekat sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Bomba Kanan I Azmi Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.48 petang.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Siasatan mendapati, dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai itu. Salah seorang daripada mereka ditemui oleh penduduk kampung.

“Seorang lagi rakan mangsa yang dikenali sebagai Mia masih belum dijumpai dan operasi SAR kanak-kanak itu masih dijalankan,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI