fbpx

Bernafas dalam beg kertas bantu redakan serangan panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bernafas laju, tetapi tidak ‘rasa’ oksigen sampai ke otak. Itu keadaan yang dialami oleh individu apabila berdepan serangan panik.

Mereka yang mengalaminya akan bernafas dengan laju, tetapi ‘pendek-pendek’ dan situasi berkenaan menyebabkan terlalu banyak gas karbon dioksida disingkirkan selain garam kalsium dan garam kalium berkurangan.

Menerusi penjelasan oleh Public Health Malaysia, paras kalsium yang terlalu rendah akan akibatkan kedua-dua belah tangan membengkok dan kejang.

“Selain itu, bibir akan rasa kebas dan badan akan menjadi lemah.

“Ya betul, situasi ini akan menyebabkan individu bertambah panik dan bernafas lebih laju,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Penjelasan oleh Public Health Malaysia berhubung serangan panik.

Sehubungan itu, jika individu tersebut berdepan situasi berkenaan adalah disarankan untuk duduk dengan tenang.

“Cuba bernafas berulang kali di dalam beg kertas. Masalah hyperventilation syndrome boleh reda dengan cara ini.

“Andai gejala semakin teruk, datanglah ke hospital di bahagian kecemasan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI