fbpx

Anna Jobling mahu ‘tawan’ Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA JOBLING

TAHUN 2023 bakal menutup tirai. Satu perjalanan bermakna buat kebanyakan orang termasuk Anna Jobling, 23, yang kerjaya seninya bukan sahaja mekar mewangi di Malaysia, bahkan mendapat tumpuan negara seberang, Indonesia.

Selain mendapat liputan meluas daripada media dan stesen televisyen tempatan, pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu juga berpeluang membintangi drama bersiri, filem, video muzik dan menjadi pilihan sebagai wajah jenama-jenama lokal dan antarabangsa sepanjang.

Populariti diraih Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman di Indonesia menerusi drama Melur Untuk Firdaus menjadi titik permulaannya di sana.

“Penghujung tahun lepas, saya tak sangka boleh popular dan mempunyai peminat di Indonesia.

Sambutan kali pertama berkunjung ke Jakarta sangat mengujakan.
“Detik itu, Anna membayangkan yang Indonesia bakal menjadi rumah kedua saya.” katanya kepada Pose.

Ulang-alik

Pada awal tahun 2023, beberapa projek di Indonesia terbantut dek kekangan waktu dan jadual padat di Kuala Lumpur, namun Anna terus mengorak langkah demi menggapai impiannya.

Dia mendapat perhatian diva pop, Datuk Seri Rossa dengan membintangi video muzik (MV) Bertengkar Manis bersama bintang sinetron popular Indonesia, Omar Daniel.

“Macam tak percaya Teh Ocha (Rossa) beri peluang kepada saya untuk membintangi MV lagu popularnya.

“Pengalaman bekerja untuk produksi sana menyeronokkan dan hasilnya juga sangat luar biasa,” katanya lagi.

Enggan menolak peluang yang datang, Anna terus ditawarkan untuk membintangi siri over the top (OTT) berjudul The One sebanyak 10 episod terbitan MNC TV yang bakal ditayangkan pada penghujung bulan ini.

PENAT berulang-alik dua negara, Anna bagaimanapun memandang peluang yang hadir merupakan sebuah rezeki yang tidak semua orang boleh kecapi.

Menjalani penggambaran selama sebulan di Bali, Indonesia Anna teruja dapat bekerjasama dengan pelakon dan pengarah terkenal Indonesia, Pevita Pearce.

“Alhamdulillah, untuk tahun 2023 saya banyak terlibat dengan produksi Indonesia dan banyak ulang-alik dari KL ke Jakarta. Saya baru sahaja selesai penggambaran sebuah filem genre seram, arahan pelakon dan pengarah versatil Indonesia, Baim Wong.

“Saya rasa tawaran ini adalah satu penghargaan besar dapat berganding bahu dengan aktor papan atas seperti Asri Welas, Oka Antara, Arya Saloka dan Yasamin Jasem,” katanya.

Bekerja dan berulang-alik di dua negara bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan
pastinya memenatkan, namun bagi Anna peluang yang datang ini merupakan sebuah rezeki yang tidak semua orang boleh kecapi.

Jodoh

Berkongsi mengenai harapan dan perancangan untuk tahun 2024, Anna berkata, dia berhasrat untuk memperbaiki lagi mutu lakonan dan keluar daripada zon selesa.

“Tahun 2024 saya nak terus mengembangkan bakat terutama di Indonesia. Nak tawan negara itu macam ‘senior-senior’ berjaya lakukan sebelum ini seperti Datuk Siti, Datuk Amy Search, Datuk Sheila Majid, Kumpulan Exists dan ramai lagi .

“Soal jodoh, itu semua ketentuan Allah SWT.

“Masih banyak lagi masa dan saya tidak perlu terkejar-kejar menamatkan zaman bujang,” ujarnya menggulung bicara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI