fbpx

Amaran hujan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu, sehingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini, kawasan yang terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Bagi Terengganu, kawasan yang dijangka terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun,” katanya.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling).

Katanya, turut terlibat adalah Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Jerantut dan Kuantan).

“Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di negeri Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar).

“Cuaca buruk tersebut turut diramal di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis),” katanya.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan apabila hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI