fbpx

Tol percuma, lebuh raya utama sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Dua lebuh raya utama negara dijangka menerima peningkatan trafik sepanjang hari berikutan pertambahan aliran keluar kenderaan dari Lembah Klang menuju ke arah Pantai Timur dan utara sempena cuti Krismas.

Ia juga susulan pemberian tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, dianggarkan 500,000 kenderaan sudah berada di atas lebuh raya utama bermula pukul 12 tengah malam tadi hingga 11 pagi tadi.

“Dianggarkan sebanyak 394,000 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dalam tempoh tersebut.

“Sementara itu, sebanyak 100,000 kenderaan sudah menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak termasuk Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 juga bagi tempoh sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tambahnya, waktu kemuncak trafik di lebuh raya utama dijangka akan berterusan sepanjang hari susulan tol percuma pada yang diaktifkan bermula pukul 12 malam tadi.

“Dijangkakan aliran trafik akan terus meningkat susulan pemberian tol percuma pada hari ini,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman X di http://www.twitter.com/LLMtrafik. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI