fbpx

Suami bakar rumah selepas isteri minta cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kalideres. - Jawa Pos

JAKARTA – Seorang warga emas di Indonesia terbunuh selepas menantu lelakinya nekad membakar rumah mereka kerana berang isterinya meminta cerai, lapor laman berita Kompas.

Ketua polis daerah Kalideres, Abdul Jana berkata, kebakaran itu turut menyebabkan dua lagi mangsa termasuk isteri suspek, melecur teruk.

“Dalam kebakaran itu, mentua suspek bernama SH, 70, meninggal dunia akibat melecur teruk,” kata Abdul.

Menurutnya, suspek yang dikenali sebagai RH, 50, gagal mengawal perasaan selepas isterinya meminta cerai. 

Dia kemudian membakar rumah mereka sehingga hangus dijilat api. Akibat kejadian itu, hampir 58 peratus badan suspek melecur, manakala isterinya melecur  45 peratus. 

Suspek dan mangsa masih menjalani rawatan di Hospital Besar Daerah Cengkerang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI