fbpx

Puteri Sarah hanya berpaling, nafi letak kepala pada bahu Andi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah menegaskan dia hanya berpaling dan bukannya meletakkan kepala pada bahu Andi.

PETALING JAYA – Aktres Puteri Sarah Liyana menegaskan dakwaan dia sengaja meletakkan kepala pada bahu pelakon Indonesia, Andi Arsyil dalam sebuah video siaran langsung TikTok baru-baru ini adalah tidak benar.

Menurut Puteri Sarah, 38, dia tidak akan sesekali melakukan perkara yang melanggar batas sehingga mencalarkan imejnya apatah lagi ketika membuat siaran langsung TikTok.

“Saya hanya berpaling ke arah Andi dan tidak letak kepala dibahunya seperti didakwa ramai.

“Saya sedar ramai yang ingin mencari salah saya. Ada sahaja perkara tidak kena pada mata mereka.

“Wujud juga individu yang sengaja meninggalkan komen jahat ketika saya ‘live’ TikTok dengan Andi. Tak bolehkah mereka hidup dengan tenang?” katanya.

Ditanya mengenai tindakan Andi yang cuba menenangkan dirinya, Puteri Sarah mengakui aktor itu sering menasihatinya agar tidak menyimpan sebarang dendam terhadap sesiapa.

“Dia selalu menjadi pendengar setiap kali saya sedih dengan fitnah atau komen jahat orang luar.

“Setiap kali saya bercerita, dia sering nasihatkan supaya abaikan dan tidak berdendam selain memaafkan pihak-pihak yang pernah menyakiti saya supaya hati lebih tenang.

“Alhamdulillah saya dikelilingi dengan ramai individu yang baik dan dia salah seorang daripadanya,” katanya lagi.

Terdahulu, tular video yang merupakan rakaman daripada siaran langsung TikTok memaparkan Puteri Sarah menangis dan dikatakan meletakkan kepala di bahu Andi apabila menerima komen negatif daripada netizen.

Perkara tersebut menjadi pertikaian ramai apabila mendakwa dia tidak seharusnya menunjukkan kemesraan sebegitu dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Andi sebelum ini didakwa sedang menjalin hubungan cinta apabila kerap muncul bersama dalam siaran langsung TikTok.

Pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu bagaimanapun sebelum ini menegaskan hubungannya dengan dan Andi hanya sekadar rakan perniagaan.

Untuk rekod, dia yang kini bergelar ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan juga pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkongsian hidup, Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN