fbpx

Peniaga Melaka gesa penutupan jalan hanya 18 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENIAGA Medan Samudera menggesa tempoh penutupan jalan Zon Bebas Kenderaan di Melaka disingkatkan kepada 18 jam.

MELAKA – Kira-kira 100 peniaga di Medan Samudera, Banda Hilir di sini meminta kerajaan negeri mempertimbangkan penutupan jalan Zon Bebas Kenderaan daripada 54 jam kepada hanya 18 jam.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu Melaka (PPPPKMNM) Cawangan Melaka Bandar, Abdul Rahim Embi berkata, penutupan jalan selama tiga hari bermula petang Jumaat itu menjejaskan kehadiran pengunjung terutama pelancong ke medan berkenaan.

Menurutnya, apabila jalan ditutup, pelancong yang menaiki bas, kereta dan motosikal tidak datang ke kawasan itu.

“Cuma yang kami minta tempoh masa penutupan jalan daripada 54 jam bermula semalam dipendekkan kepada 18 jam seperti mana sebelum ini jalan ditutup dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Sabtu.

“Jika permintaan kami ini dapat dipertimbangkan agar jalan ditutup selama enam jam sehari dapatlah kami berniaga pada sebelah siang.

“Lega rasanya kalau jalan tidak ditutup pada sebelah siang dan bila jalan ditutup bermula pukul 6 petang, kami sudah boleh tutup perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar di Medan Samudera, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir dilanjutkan selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad dan bukannya hanya pada Sabtu, seperti sebelum ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI