fbpx

Pahang, Perak antara lima negeri alami cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri, petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk diramal berlaku di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Hulu Perak, Perak serta di Lipis dan Maran, Pahang.

“Di Selangor, antara kawasan yang diramal mengalami hujan lebat adalah di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.

Dalam pada itu, di Sarawak, cuaca buruk turut diramal di Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Daro) dan Miri (Subis).

Tambah MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di satu-satu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI