fbpx

La Liga: Real rampas takhta pendahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAZQUEZ (tengah) muncul wira apabila meledak gol kemenangan Real menewaskan Alaves pada aksi La Liga awal pagi semalam. - AFP

VITORIA-GASTEIZ, Sepanyol – Tandukan daripada pemain pertahanan, Lucas Vazquez pada lewat permainan menyelamatkan maruah Real Madrid untuk menewaskan Deportivo Alaves 1-0 pada aksi La Liga di Stadium Mendizorrotza awal pagi semalam.

Gol pada minit ke-90+2 itu amat berharga buat Los Blancos yang terpaksa bermain dengan 10 orang pada separuh masa kedua selepas kaptennya, Nacho dilayangkan kad merah kerana terjahan keras ke atas pemain Alaves.

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti memuji sikap tidak berputus asa ditunjukkan anak-anak buahnya walaupun terpaksa menunggu sehingga masa tambahan di penghujung perlawanan untuk merakam tiga mata.

“Pasukan ini seperti tidak pernah kehabisan tenaga. Mereka berlari dan terus berlari mendapatkan sesuatu dalam perlawanan ini.

“Ia satu perlawanan yang amat sukar kerana kami kurang seorang pemain. Semua orang merasakan hari ini kami akan tercicir mata, tetapi kami berjaya bertahan dengan 10 orang.

“Sebab itu saya amat gembira kerana kami bertahan dan menyerang dengan baik. Ganjarannya adalah tiga mata yang cukup bermakna ini,” katanya.

Lebih manis, kemenangan itu membolehkan Real kembali merampas takhta pendahulu daripada Girona yang tergelincir jatuh ke tangga kedua selepas seri 1-1 dengan Real Betis awal pagi semalam.

Girona membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Artem Dovbyk dalam babak pertama sebelum German Pezella menyamakan kedudukan buat Betis pada minit ke-88. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI