fbpx

JIM nafi kenakan tindakan kepada pemandu pengangkutan awam bawa warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan pihaknya akan mengenakan tindakan terhadap pemandu pengangkutan awam membawa warga asing tanpa dokumen sah seperti tular di aplikasi WhatsApp.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, notis ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu adalah palsu dan memohon orang ramai tidak terpedaya berhubung perkara itu.

“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu-pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“JIM sedia maklum bahawa pemandu tidak mempunyai kuasa dan tidak perlu dibebankan dengan pembuktian status penumpang yang mereka bawa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, walaubagaimanapun, jika mereka didapati dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahui melanggar peruntukan akan dikenakan tindakan mengikut akta imigresen.

“Mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

“JIM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

Ruslin juga meminta agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI