fbpx

‘Happy Anniversary’ suami – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dimuat naik Fadhlina di akaun Facebook beliau hari ini

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada suaminya menerusi laman media sosial.

Beliau secara berseloroh mengingatkan tentang usia perkahwinan mereka yang kini mencecah 20 tahun dengan enam anak.

“”Happy Anniversary” suami! Walaupun anak-anak kita bersepah-sepah (6 orang semua ya!), sekejap tantrum, “moody”, manja ‘kededek’, tidak masuk “frame” gambar, tidak mahu bergambar.

“Begitulah 20 tahun kita lalui. Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina berkata, beliau mendoakan semoga suaminya terus bersabar, bertambah iman dan terus mendukung antara satu sama lain untuk tahun mendatang.

“Barangkali jarang diungkapkan secara zahir, tetapi sentiasa dalam munajat doa dan reda sang isteri. “We love you, we make doa for you”,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI