fbpx

EPL: Ten Hag tuntut disiplin, ketenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED perlu mengekalkan aksi disiplin di bahagian pertahanan serta menambah ketajaman jentera serangan untuk memburu kemenangan ke atas West Ham. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menyeru agar barisan pemain meneruskan aksi berdisiplin jika berhasrat untuk melakar kemenangan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham di Stadium London malam ini.

Menurut Ten Hag, prestasi positif ketika mengikat Liverpool seri tanpa jaringan minggu lalu wajar dijadikan contoh buat pasukan, tetapi dalam masa yang sama perlu perbaiki jentera serangan.

“Saya rasa kita perlu lebih berdisiplin pada perlawanan seterusnya. Sebelum ini kita juga mempamerkan karakter yang sama, tetapi tidak konsisten. Sebagai contoh, ketika bertemu Newcastle United sebelum ini kita melakukan banyak kesilapan.

“Justeru, saya mahu pasukan kekal tenang di atas padang selain perlu bijak dalam mencari ruang dan peluang untuk menembusi gawang lawan. Jika kita teruskan falsafah ini, mungkin kita boleh mendaki carta liga dengan memburu kemenangan demi kemenangan,” katanya.

Difahamkan, beberapa pemain utama The Red Devils sudah boleh diturunkan pada perlawanan menentang The Hammers nanti seperti Bruno Fernandes yang sudah bebas daripada penggantungan serta Christian Eriksen yang kembali pulih daripada kecederaan.

Sementara itu, pengendali West Ham, David Moyes enggan mengulas mengenai United tetapi mengakui Ten Hag wajar diberi masa untuk membentuk pasukan mantap selepas dikritik hebat musim ini.

“Bukan mudah untuk bimbing kelab United yang memiliki sejarah dan tradisi tersendiri. Ten Hag perlu diberikan ruang untuk memastikan pasukan mampu berdaya saing dan penyokong perlu bersabar sedikit,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI