fbpx

EPL: Spurs harapkan Kulusevski terus tajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KULUSEVSKI berada pada prestasi terbaik ketika ini apabila menjadi antara penyumbang gol buat Spurs. - AFP

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou berharap pemain sayap, Dejan Kulusevski terus mencipta sensasi dengan menjadi ‘senjata rahsia’ pasukan itu menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton malam ini.

Sebagai rekod, Kulusevski yang lebih mesra dengan panggilan Deki berjaya meledak lima gol dalam 17 aksi EPL musim ini.

Menurut Postecoglou, pemain antarabangsa Sweden itu semakin memberikan impak positif buat pasukan sehingga menjadi salah satu ancaman yang boleh diberikan ke kubu pertahanan lawan.

“Kita boleh lihat prestasi Deki sejak beberapa perlawanan lepas cukup meningkat meskipun diarahkan beraksi di posisi berlainan. Ada ketika dia bermain selaku perancang No. 10 dan kemudian diarahkan kembali ke posisi sayap.

“Saya cukup galakkan untuk dia terus mengasah ketajaman dalam usaha menjaringkan lebih banyak gol kerana itulah kelemahannya sebelum ini. Namun, selepas menjaringkan beberapa gol musim ini, pujian wajar diberikan kepada barisan kejurulatihan dan Deki sendiri,” katanya.

Sementara itu, Postecoglou turut memuji pemain pertahanan veteran, Ben Davies yang cukup cemerlang sejak beberapa perlawanan lepas meskipun bermain di posisi tengah berbanding kegemarannya di bek kiri sebelum ini.

“Davies masih lagi menyesuaikan diri untuk berada di posisi pertahanan tengah dan gadingan dia dengan Christian Romero cukup positif. Dia juga salah seorang pemain senior pasukan dan harap dapat teruskan rentak cemerlang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI