fbpx

EPL: Misi Arsenal runtuhkan badi Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berada pada prestasi terbaik ketika ini untuk mencatat kemenangan pertama di Anfield selepas kali terakhir memenangi pada 2012. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menerima berita gembira apabila dua pemain tonggaknya dijangka kembali memperkuatkan pasukan menjelang aksi menentang Liverpool di Anfield awal pagi esok.

Perlawanan tersebut menjadi aksi yang cukup penting apabila pemenang aksi berkenaan akan berjaya melonjak kedudukan menguasai takhta Liga Perdana Inggeris menyebabkan Arteta memerlukan seramai mungkin pemain utamanya.

Bagaimanapun, menjelang aksi menentang Liverpool, dua pemain, Jorginho dan Mohamed Elneny yang dilaporkan mengalami kecederaan sejak beberapa minggu lalu dilaporkan kembali cergas dan bakal disenaraikan.

Sementara itu, pemain tengah Arsenal, Leandro Trossard percaya fokusnya dan rakan sepasukan lain ketika ini adalah untuk memenangi perlawanan menentang Liverpool dan menguasai takhta liga.

Katanya, kemenangan itu pastinya cukup manis terutama ketika Liverpool memiliki rekod cemerlang tanpa sebarang kekalahan di Anfield sejak Oktober 2022 pada saingan EPL sekali gus menamatkan badi Arsenal di gelanggang berkenaan sejak 2012.

“Sangat bagus apabila anda mampu menewaskan mana-mana pasukan, namun kemenangan kali ini pastinya lebih istimewa kerana ia bagaikan isyarat yang kami mampu berikan. Kami telah tunjukkan ketika menentang Brighton dengan penguasaan permainan.

“Kami sentiasa inginkan kemenangan begitu juga dengan perlawanan menentang Liverpool. Sudah tentu kami tahu betapa bagusnya mereka, terutama di tempat sendiri. Saya fikir jika kami berada pada tahap terbaik, kami mampu menewaskan mereka.

“Kami tidak menang di Anfield sejak 2012, tetapi aksi terakhir pada April lalu berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan itu menunjukkan kami semakin hampir dengan matlamat yang diinginkan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI