fbpx

Budak 5 tahun terima 30 jahitan cedera digigit kera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Che Muhammad Harith semasa menerima rawatan di HSIP, Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI – Seorang budak lelaki terpaksa menahan sakit apabila menerima lebih 30 jahitan pada beberapa bahagian anggota badannya selepas digigit seekor kera dalam kejadian di Kampung Melati, Jalan Jirat Cina, di sini semalam.

Kejadian pukul 2 petang itu menyebabkan mangsa Che Muhammad Harith Maliq Abdul Rahman,5, cedera pada bahagian kaki kanan, perut dan belakang badannya,

Jiran mangsa, Che Hasmani Che Mat, 51, berkata, semasa kejadian, dia sedang menyiapkan hidangan makan tengah hari sebelum terdengar jeritan kanak-kanak itu.

Menurutnya, dia terus berlari ke rumah mangsa yang terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya.

“Saya lihat badan Che Muhammad Harith sudah dipenuhi dengan darah. Dia juga sedang menahan sakit akibat digigit kera.

“Ibunya terus membalut mangsa dengan sehelai kain sebelum membawanya ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini petang tadi.

Che Hasmani memberitahu, kawasan tersebut terletak berhampiran bukit dan terdapat lebih 30 ekor kera yang berkeliaran di situ.

“Rumah mangsa juga berdekatan dengan kawasan semak sekali gus menjadi tumpuan haiwan tersebut,” ujarnya.

Difahamkan, kanak-kanak itu ketika ini berada dalam keadaan stabil di HSIP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI