fbpx

5 karya ‘editor’s pick’ juarai AJL38

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
5 karya pilihan yang dijangka mencipta magis pada pentas AJL38 yang bakal berlangsung tiga bulan dari sekarang.

MINGGU lalu, 12 finalis Anugerah Juara lagu ke-38 (AJL38) diumumkan. 

Adat mana-mana pertandingan, situasi rumah sudah siap, pahat masih berbunyi memang tidak dapat dielakkan biarpun umpamanya, ‘rumah’ yang dibina belumpun siap sepenuhnya.

Ada dalam kalangan peminat yang sudah membuat tilikan masing-masing namun mengenepikan fakta terbesar bahawa AJL adalah sebuah pertandingan lagu terbaik, bukan untuk penyanyi semata-mata. Ataupun, lagu mana paling popular. 

Sebagai pemerhati dan individu yang cakna dengan kemaraan dunia seni muzik tanah air, tiada apa yang diharapkan selain melihat industri kita maju ke hadapan waima dengan kewujudan acara berlandaskan ukuran terbaik terlalu minimal. 

Sementelah negara jiran seperti Indonesia masih tekun menganjurkan Anugerah Musik Indonesia (AMI) saban tahun, kita masih terkapai-kapai dengan penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) yang hidup segan mati tak mahu. AJL adalah penganjuran konsisten disinonimkan sebagai Grammy Awards buat pelaku muzik tempatan. 

Masih jauh berbaki sekitar tiga bulan sebelum juara keseluruhan AJL38 dinobatkan, namun Gala minggu ini sengaja merangkumkan prediksi editor’s pick karya yang bolos ke peringkat 12 terbaik berpotensi besar diangkat sebagai juara keseluruhan acara ditunggu-tunggu ramai tersebut. 

Sutera (Aisha Retno, MFMF)

Pilihan pertama lagu yang diramal bakal mencipta magis pada AJL38 adalah Sutera dendangan singer-songwriter berbakat besar, Aisha Retno. 

Bernuansakan EDM dan Sinden (orkestra gamelan), ini adalah karya yang sekiranya dipersembahkan dengan sempurna pada malam kejadian, memang akan tapau habis! 

Dengan styling listrik vokal lain luar biasa Aisha yang disuntik unsur budaya Jawa serta tulisan lirik berkonotasi pemerkasaan, tidak mustahil AJL38 menjadi turning point atau titik perubahan bukan sahaja buat kerjaya penyanyi itu bahkan, AJL secara umumnya. 

Bukan juri, jauh sekali mereka yang profesional tetapi, andai Sutera diangkat sebagai juara, hats off buat mereka yang mengadili di bangku juri nanti. 

Hasrat (Amir Jahari) 

Berada di posisi kedua pilihan penulis adalah lagu Hasrat nyanyian dan ciptaan penuh penyanyi underrated luar biasa, Amir Jahari. 

Lama bakat muziknya dipandang sebelah mata dari kaca mata arus perdana, akhirnya, Amir berjaya meloloskan diri ke pentas paling berprestij negara buat seni muzik, AJL38

Tiada masalah andai lagu ini diangkat sebagai juara keseluruhan AJL edisi tahun hadapan. Ini adalah antara karya yang sekiranya diberi pengamatan, memang akan memberi, menerima dan menyuntik rasa. 

Melodi yang cocok dan mengalir bebas ditiup angin semula jadi tulisan lirik, Hasrat andai ditabal sebagai juara, senario tersebut akan memberi vibe pemenang ‘lama’ seperti lagu Aizat Amdan (Pergi) yang diumumkan sebagai juara keseluruhan edisi ke-24. 

Santai (Ezra Kong, Faizal Tahir)

Sejujurnya, sangat tidak seronok apabila penyanyi asal tidak tampil mendendangkan lagu sendiri di pentas AJL

Bagaimanapun, seperti apa dinyatakan di perenggan terdahulu, AJL bukan acara untuk penyanyi semata-mata, komposer adalah most valuable player (MVP) yang sepatutnya dicanang. 

Santai ciptaan Ezra Kong dan Faizal Tahir adalah lagu yang paling overplayed atau terlalu banyak kali dimainkan sama ada di platform digital mahupun corong radio untuk tahun 2023. 

Kendatipun, itu tidak merobek realiti atau kenyataan bahawa lagu tersebut terkandung kualiti luar biasa untuk diangkat sebagai Juara Lagu. Naqiu semestinya akan memberikan keadilan does justice to the song pada malam finale nanti. 

Zaman sekarang, bukan selalu melihat sesebuah karya dijadikan wahana kritikan sosial. Santai adalah antara lagu bermutu yang sarat elemen terbabit dari segi pengkongsian lirik. Kalau kena gaya dan cara, tidak mustahil lagu yang memberi teguran buat masyarakat diangkat sebagai pemenang AJL38. 

Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)

Lagu ini adalah fan-favourite. Seimbang dari populariti dan kualiti. Menyentuh soal kualiti, Jangan Mati Rasa Itu adalah karya yang tidak kurang utuhnya untuk diumumkan sebagai antara pencabar terbesar trofi utama AJL38.

Penulis bukanlah peminat tegar Aina Abdul tetapi, tidak boleh disangkal dia merupakan antara vokalis wanita terhebat negara zaman sekarang. Bahkan, dari segi bakat komposisi muzik, dia juga luar biasa. 

Secara peribadi, Jangan Mati Rasa Itu adalah lagu ciptaan dan dendangan Aina Abdul yang sangat kukuh dari segi vokal, komposisi dan nukilan lirik.

Bahkan, antara banyak lagu Aina yang pernah lolos seperti Sumpah, Sepi dan Terus Hidup, Jangan Mati Rasa Itu adalah personal favourite penulis. Note pertama lagu berkenaan sahaja sudah begitu meninggalkan dampak buat sesiapa yang mendengar. 

Inilah JalanNya (Noh Salleh) / Bintang (Hael Husaini)

Melengkapkan pilihan Top 5 penulis adalah tie atau kedudukan seri antara dua lagu iaitu Inilah JalanNya ciptaan Noh Sallah dan Bintang (Hael Husaini). 

Penulis sememangnya mempunyai soft spot buat lagu yang mengambil unsur old school. Kalau bercakap tentang Inilah JalanNya, nilai retro yang dibentangkan dalam lagu memang sangat-sangat mengena dan mencengkam. 

Sejujurnya, kenyataan ini mungkin mengundang kontroversi sedikit tetapi, kalaulah lagu dendangan Masdo itu diangkat sebagai pemenang, tiada langsung masalah buat penulis secara peribadi. Kalau ada yang merasakan lagu tersebut tidak bersifat progresif yang masih mengenang zaman lampau, anda adalah masalah kepada pandangan dilemparkan itu. 

Bintang pula sepertinya adalah tribute buat mereka yang telah ‘gugur’. Lagu tersebut semacam lagu malar hijau Legenda ciptaan Fauzi Marzuki dan Habsah Hassan nyanyian Datuk Sheila Majid. Kalau Legenda tidak terlipat dalam sejarah AJL, barangkali skrip atau naratif buat Bintang adalah berbeza di tangan Hael Husaini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI