fbpx

200 ular ditangkap di Besut pada musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menunjukkan sebahagian ular yang berjaya ditangkap pada musim tengkujuh di Pejabat APM Besut hari ini.

BESUT – Kes penemuan ular di daerah ini meningkat mendadak pada musim tengkujuh ini dengan 200 ekor telah ditangkap sejak awal November lalu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut, Ramlan Ros Wahid berkata, kesemua ular tersebut ditangkap selepas agensinya menerima aduan penemuan haiwan reptilia terbabit di dalam rumah atau kandang ternakan penduduk.

Beliau berkata, kebanyakan ular yang ditangkap terbabit adalah daripada spesies katan tebu, ganding wat, lidi, sawa tikus, sawa, tedung selar dan tedung senduk sembur.

“Peningkatan kes tangkapan ular di daerah ini berkait dengan habitat mereka telah ditenggelami air pada Monsun Timur Laut (MTL) ini.

“Ia mendorong haiwan reptilia terbabit berpindah sama ada menjadi tempat perlindungan baharu atau sumber makanan di penempatan manusia,” katanya ketika ditemui di Pejabat APM Besut di sini hari ini.

Ramlan berkata, kesemua ular yang berjaya ditangkap tersebur akan disimpan sementara dalam tempoh maksimum dua minggu di sarang khas terdapat di Pejabat APM Besut.

Jelas beliau, haiwan reptilia itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI