fbpx

Wanita lumpuh rentung, kebakaran babit 12 rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita lumpuh rentung dalam kebakaran membabitkan 12 buah rumah.

KOTA KINABALU – Seorang wanita lumpuh, Idam Hamid yang berusia lingkungan 50 tahun, rentung dalam kebakaran membabitkan 12 rumah dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, di Kalansanan, Inanam malam tadi.

Ketua Zon Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.10 malam.

“Seramai 31 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian. Kebakaran itu menyebabkan 12 rumah yang dihuni 14 keluarga musnah sepenuhnya.

“Api berjaya dikawal sekitar pukul 1.16 pagi dan tiga mangsa lain termasuk seorang wanita berusia 16 hingga 20 turut melecur manakala seorang wanita mengandung berusia 23 tahun, pengsan.

“Semua mangsa terbabit kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI