fbpx

[VIDEO] ‘Telur asing bukan telur dengan mata asing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran @panipuri_no1_di_malaysia di laman Tiktok.

PETALING JAYA – Tergamam seorang pengusaha makanan tradisi India, panipuri, Mayah Rubel Hasan apabila menerima pesanan tidak seperti yang dimaksudkannya.

Melalui video perkongsian yang dimuat naik di laman TikToknya, dia menunjukkan pesanan bungkusan telur matanya berasingan dengan telur kuning.

Difahamkan, dia memesan nasi goreng biasa tambah pedas bersama telur mata ‘asing’ namun dia tidak menyangka pula tukang masak kedai tersebut betul-betul mengasingkan telur dan mata.

“Bila saya dapat pesanan saya, saya jadi tergamam. Ini yang saya dapat. Telur entah ke mana mata entah ke mana.

“Saya cakap telur mata asing bukannya telur dengan mata asing,” luahnya sambil menunjukkan gambar pesanan nasi gorengnya.

Situasi ‘aneh’ tersebut mencuit hati rata-rata pengguna laman sosial dan ramai mengakui mereka tidak menyangka tukang masak akan mengikut arahan pelanggan secara telusnya.

“Tak sangka dia asingkan telur dan mata macam tu,” kata Dhiaa.

“Saya ni dahlah batuk teruk, tengok video akak bertambah teruk batuk saya ni. Sampai naik sempit dah,” kata Ann.

“Ini betul ke? Macam mana tukang masak buat telur tu?” seloroh Ed.

Video perkongsian tersebut telah meraih tontonan 237,300 ribu tontonan dan 21,8000 ribu tanda suka. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI