PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak sepanjang 11.3 kilometer (km) ekoran pertambahan kenderaan sempena musim cuti sekolah dan perayaan Krismas.
Menurut laporan trafik Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di aplikasi X, keadaan trafik di KLK dipercayai bertambah teruk disebabkan kenderaan rosak.
“Lorong kiri dan kecemasan sudah kembali dibuka. Bagaimanapun, trafik masih sesak dari KM24.1 sehingga KM35.4 arah timur,” katanya.
Dalam pada itu, di LPT 1, trafik dilaporkan turut sesak sepanjang 5 km bagi kedua-dua hala melibatkan laluan Temerloh ke Lanchang. – KOSMO! ONLINE