fbpx

Tiada bukti kukuh kit ujian ‘air berkarbonat’ boleh positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Belum ada bukti kukuh menyokong dakwaan bahawa air berkarbonat boleh menyebabkan kit ujian kendiri Covif-19 bertukar positif.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), P. Muralitharan berkata, ini kerana cecair selain sampel dalam arahan penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 mempunyai sifat kimia yang menyebabkan keputusan tidak tepat, tidak sah dan mengelirukan.

“Menggunakan minuman berkarbonat sebagai sampel untuk uji Covid-19 bukan kaedah saintifik yang sah atau boleh dipercayai.

“Tambah pula dengan minuman berkarbonat yang mengandungi pelbagai sebatian dan bahan, ia tidak mengandungi komponen virus atau bahan genetik tertentu yang direka bentuk untuk dikesan oleh ujian ini,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai penggunaan ujian saringan Covid-19 menggunakan sampel air berkarbonat.

Tambahnya, semua kit ujian kendiri hanya menggunakan sampel air liur atau calitan hidung dan tekak, bukan sampel air atau makanan dan cecair lain.

Jelasnya, jika kit ujian kendiri digunakan dengan betul, ia membantu untuk mengesan virus Covid-19 sekali gus mengekang penularan wabak tersebut.

“Kaedah ujian yang disahkan dan mengikut panduan profesional penjagaan kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam adalah sangat penting apabila melibatkan ujian Covid-19.

“Sebarang penyebaran maklumat yang salah dengan menyalahgunakan peranti perubatan yang disengajakan semasa penularan Covid-19 adalah tidak bertanggungjawab dan membahayakan kesihatan awam,” jelasnya.

Kit ujian kendiri Covid-19 direka untuk mengesan kehadiran virus atau komponennya dalam sampel air liur atau calitan hidung dan tekak pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI