fbpx

Remaja perempuan dikhuatiri lemas jatuh Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menjalankan operasi SAR remaja perempuan yang dikhuatiri terjatuh Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan dipercayai merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dilaporkan terjatuh dari Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke pulau, semalam disambung pagi esok.

Jurucakap bomba negeri berkata, remaja berusia 17 tahun itu dikhuatiri terjatuh ke laut dan meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah berhampiran tembok jambatan berkenaan, kira-kira pukul 3.28 petang semalam.

Menurutnya, SAR dijalankan dengan kekuatan logistik dua buah bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dengan sebuah bot Polis Marin.

“Kawasan pencarian telah dibahagikan kepada beberapa sektor dan dilakukan di sekitar muara sungai serta kawasan pengairan laut.

“Mangsa masih belum dijumpai pada pukul 7 malam tadi dan kerja-kerja mencari dan menyelamat ditangguhkan disebabkan faktor cuaca. Operasi pencarian akan disambung pada pukul 8 pagi esok,” katanya di sini, sebentar tadi.

Operasi tersebut turut mendapat kerjasama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Maritim Malaysia (APMM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI