fbpx

Projek D44 RM393 juta gagal siap November, JPP ambil tindakan terhadap kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (tengah), Pengarah Pusat Membeli-belah 1 Utama, Tan Sri Teo Chiang Kok (dua dari kanan), dan Pengarah Eksekutif GreenRE, Ir. Ashwin Thurairajah (dua dari kiri), menyiram pokok pada Majlis Perasmian ForestONE, di pusa beli-belah One Utama, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

PETALING JAYA – Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) akan mengambil tindakan terhadap syarikat yang bertanggungjawab ke atas Projek Pakej D44 Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan (Pakej D44) bernilai RM393 juta.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia berikutan syarikat tersebut yang sepatutnya menyiapkan Pakej 44 itu bulan lalu, dipercayai mempunyai masalah.

“Ada masalah dengan syarikat (kontraktor) tersebut dan kini pihak JPJ dalam proses untuk ambil tindakan segera bagi memastikan bahagian yang kritikal itu dapat disiapkan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian ForestONE di pusat beli-belah One Utama di sini, hari ini.

Kerajaan sebelum ini memberi jaminan bahawa Pakej D44 bernilai RM393 juta yang sepatutnya siap pada Februari 2018 meliputi empat kawasan Parlimen di ibu negara akan disiapkan, November lalu.

Kata Nik Nazmi, projek itu sudah mula dibangunkan sejak 2014 dan sehingga kini mencapai kemajuan sebanyak 92.18 peratus.

Tambahnya, tarikh penyiapan asal adalah pada Februari 2018, namun, kontraktor diberi lanjutan masa sehingga 22 November.

Dalam pada itu, berhubung pelarasan taraf air baharu yang dijangka dilaksanakan tahun hadapan, Nik Nazmi berkata, perkara itu sudah dibincangkan di peringkat Kabinet.

“Isu tarif air ini telah dibawa ke kabinet, tetapi keputusannya akan diumumkan oleh Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Datuk Seri Fadillah Yusof,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI