fbpx

Pemuda tetak ibu saudara dengan parang didakwa di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majistret Siti Zulaikha (tengah) hadir di Hospital Pulau Pinang, tengah hari tadi

GEORGE TOWN – Seorang pekerja kilang yang terjatuh dari Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang, di sini selepas menetak mati ibu saudaranya dengan parang, Selasa lalu didakwa atas pertuduhan membunuh di sini, hari ini.

Pendakwaan terhadap tertuduh, Ong Kok Bu,29, dijalankan di dalam sebuah wad di Jabatan Ortopedik, Hospital Pulau Pinang (HPP) di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani kerana masih menerima rawatan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh disebabkan kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang sedang dirawat susulan kecederaan pada kaki kiri didakwa membunuh Lee Yen Suan, 42 di hadapan sebuah kedai di Jalan Taman Sintat, Butterworth kira-kira pukul 10.55 pagi, 19 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam, manakala sebutan semula kes ditetapkan 25 Mac depan bagi serahan laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Terdahulu, Majistret dan Timbalan Pendakwa Raya hadir ke HPP sekitar 12.40 tengah hari tadi bagi melakukan pendakwaan tersebut.

Selasa lalu, media melaporkan suspek yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang selepas menetak seorang wanita, selain dikatakan mempunyai talian kekeluargaan dengannya di Jalan Raja Uda.

Suspek bagaimanapun diselamatkan sekumpulan nelayan sebelum ditahan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI