fbpx

Pelajar maut langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa di tempat kejadian selepas melanggar belakang lori di Jalan Sibu-Bintulu, Selangau, petang semalam.

MUKAH – Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggang melanggar belakang lori di Jalan Sibu-Bintulu, Selangau di sini.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, dalam kejadian pukul 5 petang semalam, remaja lelaki berusia 16 tahun terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang pelajar terbabit melanggar belakang lori semasa kedua-dua kenderaan itu bergerak lurus dari arah Bintulu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sungai Arip, manakala pemandu lori iaitu lelaki berusia 40 tahun tidak cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah di sini untuk tindakan lanjut dan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI