fbpx

Pasangan kekasih dicekup beri bayi makan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Sepasang kekasih ditahan selepas didapati memberikan dadah kepada anak mereka yang masih bayi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pasangan berusia 34 dan 31 tahun itu sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini semalam.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah dan ditahan selepas gagal membayar jaminan sebanyak RM6,000.

“Polis menerima laporan daripada doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas seorang bayi berusia setahun empat bulan yang didapati positif dadah pada 12 Disember lalu.

“Ibu bayi tersebut ditahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala pasangannya diberkas di Jalan Salleh di bandar raya ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Rahmat, pemeriksaan air kencing ke atas pasangan itu mendapati mereka positif dadah. Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI