fbpx

Langgar pelajar: Caprice mohon maaf guris hati anggota PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariz Ramli selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan selebriti media sosial, Caprice hari ini membuat permohonan maaf kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan video yang dimuat naik yang didakwa mengguris hati pasukan keselamatan itu.

Bagaimanapun, Ariz Ramli, 35, berkata, video berkenaan dituju kepada individu yang terlibat dalam kejadian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang maut dilanggar pada 15 Disember lalu.

“Saya minta maaf kepada sesiapa termasuk PDRM yang mungkin terguris hati dan terasa dengan hantaran (di media sosial) saya.

“Sebenarnya ia dituju dengan orang yang terlibat dalam kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Jati hanya tuju kepada dia tidak ada kaitan dengan anggota polis lain.

“Bapa saudara saya pun ada yang pernah menjadi Ketua Polis Kelantan pada 2003, ada askar, jadi keluarga kita ada kakitangan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, Caprice tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada pukul 12.30 tengah hari dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki.

Dalam pada itu, Caprice berkata, dia sedia maklum tentang kepentingan untuk tidak melaga-lagakan isu tersebut sehingga mencalarkan imej PDRM.

“Kita sebagai orang awam termasuk saya perlu hati-hati dengan setiap hantaran yang dibuat supaya tidak melagakan isu tersebut. Terima kasih PDRM kerana dengar suara kami semua,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai siasatan dijalankan pihak polis terhadapnya, Caprice memaklumkan, PDRM merampas dua buah telefon bimbit, komputer riba, kamera dan kad SD bagi tujuan siasatan.

Terdahulu, Caprice memuat naik sebuah video tentang insiden tersebut dan menggelar anggota polis berkenaan menggunakan kata-kata kesat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI