fbpx

Kerajaan bakal semak semula perjanjian projek Aliran Bebas Pelbagai Lorong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyemak semula perjanjian berkait projek Aliran Bebas Pelbagai Lorong atau multi-lane fast flow (MLFF) yang mempunyai nilai sebanyak RM3.46 bilion.

Perdana Menteri turut memberi jaminan proses tersebut akan dijalankan dengan telus dan mengikut amalan biasa.

“Kita akan lihat semula keseluruhan proses tersebut sama ada ianya dipatuhi dan akan melalui proses biasa, tiada asas untuk mengandaikan prosesnya melalui tender rundingan terus, ia akan melalui proses yang telus,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kota Damansara dekat sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 32 syarikat konsesi lebuh raya membantah langkah kerajaan menandatangani ‘perjanjian pelantikan’ dengan sebuah syarikat, berkait projek MLFF.

Perjanjian itu didakwa telah ditandatangan pada 17 Nov 2022 lalu bagi penganugerahan projek tanpa runding dan difahamkan syarikat konsesi yang akhirnya akan menanggung kos itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI