fbpx

‘Kemalangan maut boleh dituduh membunuh jika cukup bukti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Individu yang terlibat dalam kemalangan maut boleh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sekiranya pihak polis mempunyai bukti dia mempunyai niat membunuh.

Menurut seorang peguam yang dikenali sebagai Lawyer Ghandi, bagi situasi kemalangan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 sama ada pemandu tersebut cuai.

“Seksyen 41 merupakan kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Seksyen tersebut berbeza dengan kesalahan membunuh di bawah Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sehingga mati atau penjara seumur hidup.

“Bagi kesalahan jenayah membunuh, perlu dibuktikan dengan jelas terdapat niat untuk membunuh dan perbuatan melanggar sehingga mati,” jelasnya.

Mengulas lanjut, ujarnya, polis boleh menukar pertuduhan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh jika mendapati bukti yang mencukupi, walaupun pada peringkat awal disiasat di bawah seksyen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI