fbpx

Januari penentu karier Luqman Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN tidak mendapat banyak minit permainan selepas berhijrah ke luar negara menyebabkan ada desakan untuk di kembali ke aksi Liga Malaysia. - FB FAM

PENYERANG sensasi skuad bawah 23 (B-23) negara, Luqman Hakim Shamsudin mengakui persoalan mengenai masa depannya hanya akan terjawab pada Januari depan kerana mahu memberi tumpuan ‘panggilan’ kebangsaan terlebih dahulu.

Sebagai rekod, Luqman yang berusia 21 tahun ketika ini masih mewakili pasukan Liga Belgium, K.V. Kortrijk selepas tempoh pinjaman bersama kelab Iceland, Njardvik FC berakhir pada September lepas.

Difahamkan, beberapa kelab Liga Malaysia (Liga M) cukup berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu bagi mengharungi saingan musim 2024/2025 nanti.

Menurut Luqman, perubahan ‘angin’ karier mungkin hanya akan didedahkan kepada umum pada Januari depan kerana masih perlukan masa untuk berfikir sebaiknya.

“Selepas kelayakan Piala Asia B-23, September lepas, saya kembali semula ke Kortrijk apabila tempoh pinjaman bersama Njardvik FC berakhir.

“InsyaAllah, dalam bulan Januari mungkin ada perubahan. Namun, saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana belum membuat keputusan rasmi.

“Dalam masa yang sama, kontrak saya bersama Kortrijk juga masih berbaki setahun (2025) dan jika saya berhijrah pun mungkin secara pinjaman,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Sementara itu, pemain kelahiran Kelantan itu menyeru rakan-rakan sepasukan merebut peluang dua aksi persahabatan menentang China di Shanghai sebagai medan ‘asah taring’ sebelum ke Piala Asia B-23 2024, April nanti.

“Persiapan kita agak bagus sejak tahun lepas lagi. Peluang untuk menentang China juga agak baik kerana ini adalah peluang pemain untuk uji kebolehan sebelum saingan Piala Asia B-23 akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI