fbpx

Isteri dicerai talak tiga selepas derma buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tarannum dihantar ke rumah ibu bapanya selepas diceraikan suaminya. - India Today

NEW DELHI – Seorang wanita di negeri Uttar Pradesh, India dicerai talak tiga oleh suaminya menerusi aplikasi Whatsapp selepas si isteri menderma satu buah pinggang untuk menyelamatkan saudara lelakinya. 

Portal berita India Today melaporkan, wanita bernama Tarannum itu sudah berkawin selama 20 tahun dengan suaminya, Mohammad Rashid.  

Rashid kemudian berpindah ke Arab Saudi untuk bekerja. Pasangan itu tidak mempunyai anak dan Rashid dikatakan telah berkahwin dua. 

Menurut Tarannum, saudara lelakinya yang bernama Mohd Shakir terpaksa menjalani rawatan di Mumbai kerana mengalami kegagalan buah pinggang. 

Untuk menyelamatkan Shakir, Tarannum mendermakan buah pinggangnya kira-kira lima bulan lalu. 

Selepas prosedur itu, Tarannum pulang ke rumah mentuanya di Gonda, namun konflik dengan suaminya memuncak apabila lelaki itu melafazkan talak tiga melalui WhatsApp.

Selepas kejadian itu, dia terpaksa tinggal di rumah ibu bapanya. Dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suaminya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI