fbpx

Hormat kehidupan orang lain, ini takdir Allah SWT – BCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BCL meminta peminat menghormati kehidupannya yang kini sudah bergelar isteri kepada lelaki bernama Tiko Aryawardhana.

LAMA berdiam diri, penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL berharap orang ramai menghormati keputusan dan kehidupan baharunya selepas bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana pada 2 Disember lalu.

Pinta BCL, 40, dia hanya meminta orang ramai memberi ruang dan respek dalam setiap keputusan yang dilakukan untuk hidupnya ketika ini.

“I hope everyone respect our life. Rakaman pada 9 November 2022 di Malaysia,” tulisnya ringkas.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik, dia menjawab mengenai kesediaannya menerima kehadiran insan baharu dalam hidup selepas pemergian Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

“Mengenai membuka hati atau tidak, semuanya bergantung cara individu itu memperkenalkan diri pada saya. Dia datang sebagai kawan, kemudian berbual, kami selesa dan kemudian saling berhubungan.

“Namun semua itu tidak akan sama. Saya juga tidak mencari pengganti malah tidak akan yang boleh menggantikan.

“Saya tidak memaksa untuk bertemu seseorang namun juga tidak memaksa untuk enggan berjumpa seseorang,” katanya.

Dalam temubual sama, dia menyerahkan perjalanan hidupnya kepada Tuhan dan akan menerima apa sahaja yang diaturkan buat dirinya.

“Saya hanya hidup dan lihat ke mana yang ditakdirkan Allah SWT.

“Aku cuma boleh menjalani hidup dan menerima sahaja. Kita hanya boleh lakukan terbaik dalam kehidupan,” ujarnya.

Difahamkan, video pendek temu bual bersama pengamal media Malaysia itu adalah sekitar November tahun lalu sempena konsert solonya di Kuala Lumpur.

Pada 2 Disember lalu, BCL selamat bernikah dengan Tiko yang juga ahli perniagaan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di Bali, Indonesia.

Bukan hanya keluarganya dan mentua, majlis tersebut turut dihadiri semua ahli keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair termasuk Yuna serta Aishah Sinclair.

Sebelum itu, BCL melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas kematian Ashraf akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Hasil perkahwinan dengan Ashraf mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI