fbpx

Gangguan bekalan: Pengusaha inap desa angkut air dari perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BALIK PULAU – Pengusaha inap desa terutama di daerah Barat Daya, di sini terpaksa meneruskan operasi meskipun berdepan gangguan bekalan itu selama lebih 63 jam, sejak Selasa lalu.

Pengusaha R&R Homestay Bayan Lepas, Rusli Hashim berkata, dia tidak dapat membatalkan operasi di dua buah inap desa yang diusahakan sejak lima tahun lalu kerana tempahan sudah diuat sejak tiga bulan lalu.

“Gangguan bekalan air bermula pukul 10 malam.Pada awalnya pihak berkaitan ada maklumkan bekalan akan pulih sepenuhnya dalam masa 24 jam, tetapi dilanjutkan hingga awal pagi, Khamis. Pagi tadi pun masih tiada air.

“Memang tidak sangka gangguan berlaku dalam tempoh panjang. Semua ini di luar jangkaan kami. Pelanggan menginap selama tiga hari sejak Rabu. Mereka datang dari luar negeri Pulau Pinang.

“Disebabkan itu, saya terpaksa angkut air dari perigi untuk diisi ke dalam dua tangki masing-masing bersaiz 170 liter bagi kegunaan pelanggan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, Rusli berkata, operasi inap desa miliknya hanya akan ditutup sementara ketika gangguan bekalan air berjadual bermula 10 hingga 14 Januari tahun depan.

Penutupan dilakukan selepas pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengeluarkan notis awal bagi memaklumkan perkara tersebut.

Seorang lagi pengusaha inap desa Ana Jeslina di Teluk Kumbar, Rohana Aziz berkata, air di dalam tangki simpanan di dua buah inap desa miliknya juga sudah kehabisan sejak kelmarin.

“Operasi di dua buah inap desa itu masih diteruskan kerana rata-rata pelanggan sudah membuat tempahan awal sejak enam bulan lalu.

“Mereka (pelanggan) sudah dimaklumkan mengenai ketiadaan air, namun masih mahu menginap. Mujur dua buah inap desa itu masing-masing dilengkapi dengan kolam mandi.

“Pelanggan diminta menggunakan air kolam untuk kegunaan sepanjang penginapan mereka,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI