fbpx

EFL: Aksi ‘pemanas badan’ terbaik Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL mengesahkan slot separuh akhir aksi EFL selepas mencatat kemenangan selesa ke atas West Ham awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Pasukan Liverpool mempamerkan aksi ‘pemanas badan’ terbaik selepas mara ke pentas separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan West Ham 5-1 pada saingan di Anfield awal pagi semalam.

Pada perlawanan suku akhir itu, The Reds tidak mempunyai masalah untuk tampil dengan prestasi lima bintang menerusi jaringan yang dilakukan oleh Dominik Szoboszlai, Curtis Jones (dua gol), Cody Gakpo dan Mohamed Salah.

Keputusan tersebut ternyata memberikan senyuman buat pengendali, Jurgen Klopp terutama apabila pasukan bakal mengharungi perlawanan getir menentang pendahului Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini.

Kata Klopp, anak-anak buahnya ternyata berada dalam kelas tersendiri untuk memastikan misi untuk lolos ke peringkat separuh akhir menjadi kenyataan meskipun telah dikritik hebat apabila seri 0-0 bertemu Manchester United minggu lalu.

“Kita boleh lihat banyak perbezaan dengan apa yang pasukan tampilkan pada kali ini berbanding sewaktu menentang United minggu lepas. Kali ini penyudah jentera serangan kami lebih ampuh selain pasukan lawan juga beraksi dengan lebih terbuka.

“Situasi berbeza berbanding ketika menentang United yang mana mereka bertahan sepanjang perlawanan dan kita juga sudah berikan yang terbaik.

“Apa yang pasti, saya sangat gembira dengan keputusan ini kerana pasukan kini selangkah lagi sebelum mara ke pentas akhir. Ia juga memberikan keyakinan terbaik untuk kami sebelum mengharungi jadual pada pada musim perayaan minggu ini,” katanya.

Liverpool telah dengan Fulham pada aksi separuh akhir Piala EFL, Januari depan manakala Chelsea pula menentang Middlesbrough. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI