fbpx

Dua maut tercampak longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dan mangsa yang tercampak dalam longkang di lokasi kejadian.

KLANG – Dua maut manakala lima lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim Bandar Baru Klang, pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.23 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal kemalangan melibatkan tiga kereta masing-masing jenis Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry melibatkan tujuh mangsa kesemuanya.

“Dua lelaki yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala lima lagi termasuk seorang bayi dilaporkan cedera,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI