fbpx

Dahulu aktif, kini terpaksa didukung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Marwan mendukung adiknya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan secara berkala.

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri terpaksa melalui ujian berat apabila anak keempat mereka berusia 12 tahun yang dahulunya aktif kini terlantar sakit selepas mengalami pendarahan pada kepala akibat jangkitan kuman sejak Jun lalu.

Menurut Norrela Baharom, 48, dia dan suami, Fazillah Osman, 63, perlu terus kuat untuk me­nguruskan segala keperluan anaknya itu, Muhammad Daniel Mustaqim Fazillah, 12.

Katanya, anaknya tersebut yang mengalami pendarahan kepala terpaksa menjalani pembedahan membuang tempurung kepala di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Sejak anak tidak sihat, saya terpaksa berhenti menoreh getah kerana perlu menguruskannya.

“Saya juga menjaga bapa saya, Baharom Dahaman, 80, yang terlantar sakit akibat keuzuran serta menghidap penyakit jantung dan asma,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Keda Sungai Tok Pawang, Bedong, dekat sini baru-baru ini.

Ibu lapan anak itu berkata, anak keduanya, Muhammad Marwan, 23, juga terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja kontrak kerana perlu membantunya menjaga adik dan datuknya itu.

“Marwan yang banyak membantu saya menguruskan adik­nya terutama ketika adiknya dimasukkan ke wad,” ujarnya.

Kata Norrela, hanya suaminya yang bekerja sebagai buruh di kebun kelapa sawit untuk menyara keluarga dengan pendapatan sebanyak RM40 sehari.

“Pendapatan itu memang tak cukup untuk menampung per­belanjaan harian kami sekeluarga memandangkan kami juga masih mempunyai dua anak yang masih bersekolah,” jelasnya.

Menurutnya, setakat ini mereka menerima bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Ne­geri Kedah sebanyak RM600 dan Murtadha Dakwah Centre berjumlah RM200 selain sumbangan kewangan, susu dan lampin pakai buang daripada aktivis kebajikan, Natipah Abu.

Ujarnya, bantuan tersebut adalah untuk membeli keperluan perubatan Muhammad Daniel Mustaqim, perbelanjaan berulang alik ke hospital dan per­belanjaan makanan serta ubat bapa.

“Jika ada lebih baru boleh beli barang dapur untuk ahli keluarga yang lain, jika tak ada kami kami makan sahaja apa yang ada,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh meng­hubungi Norrela di talian 019-2562143 atau menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasio­nal 0299541100299310.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI