fbpx

Benarkah 1,400 penduduk Israel terbunuh pada 7 Oktober?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini akibat peperangan di Gaza.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan dakwaan Israel bahawa roket Hamas telah membunuh seramai 1,400 rakyatnya dalam serangan pada 7 Oktober 2023.

Menurut Mahathir, dunia sehingga hari ini tidak diperlihatkan rakyat Israel yang didakwa telah terbunuh beserta dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengenai bayi Israel yang menjadi korban Hamas.

“Kita tidak melihat bangunan-bangunan yang dimusnahkan oleh Hamas, tetapi kita melihat 19,000 penduduk Gaza dibunuh termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi.

“Seluruh kota Gaza dimusnahkan, tetapi Biden mahu penyembelihan itu diteruskan. Seluruh Gaza musnah. Biden tidak nampak mengapa penyembelihan dan kemusnahan harus dihentikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Mahathir yang diketahui antara pemimpin paling lantang mengecam kekejaman Israel terhadap Palestin menempelak AS serta Presidennya kerana menpertahankan tindakan Israel.

Ujar beliau, tatkala hampir seluruh dunia menuntut Israel menamatkan pembunuhan rakyat Palestin, AS secara terang-terangan menegaskan bahawa ia mesti diteruskan.

“Alasan yang diberi, Israel mempunyai hak untuk melindungi diri, tetapi selama 70 tahun Israel membunuh beribu-ribu rakyat Palestin, menahan beribu-ribu tanpa perbicaraan, menduduki tanah Palestin, membina penempatan yang mencemarkan tempat suci umat Islam.Semua ini dilakukan oleh Israel.

“Adakah rakyat Palestin tidak berhak untuk melindungi diri mereka. Sekarang kita tahu Amerika yang sebenar,” katanya.

Mahathir berkata, sokongan kerajaan AS terhadap pembunuhan beramai-ramai oleh Israel boleh difahami kerana AS dicipta melalui penghapusan orang asli Amerika dan rampasan tanah mereka.

“Kini Israel mahu menyembelih rakyat Palestin dan merampas tanah mereka. Apa yang mereka lakukan adalah sangat Amerika. Ia (Israel) layak mendapat sokongan AS.

“Berhentilah menyombong diri atas dasar moral yang tinggi. Anda tidak mempunyai hak untuk ‘berdakwah’. Malah hingga sekarang anda tidak boleh berhenti membunuh orang kulit hitam. Kami tahu siapa anda yang sebenarnya,” kata Mahathir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI