fbpx

Banjir: 1,492 mangsa di Pasir Mas masih terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir termenung yang ketika ini melanda kawasan rumah penduduk di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas terus menurun apabila seramai 1,492 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 2,149 orang, pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 4 petang ini, jumlah itu menunjukkan pengurangan sebanyak 656 mangsa daripada 455 buah keluarga yang ditempatkan di empat buah pusat PPS di daerah tersebut.

“Daripada jumlah tersebut Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 694 orang diikuti, SK Gual Periok (462), SK Sri Kiambang (421), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (184) dan SK Sri Kiambang (152).

“Empat buah PPS iaitu SK Gual Tinggi, Masjid Mukim Padang Licin, SMK Gual Periok dan SK Kedai Tanjong ditutup sepenuhnya hari ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, semua sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Kuala Besar yang melepasi paras amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI