fbpx

Anna Jobling takut nak kahwin, benci lelaki hipokrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Anna Jobling lebih selesa dengan kehidupan solo buat masa sekarang.

PETALING JAYA – Aktres jelita Anna Jobling mengakui pengalaman dicurangi oleh bekas kekasih sebelum ini membuatkan dirinya takut untuk mendirikan rumah tangga.

Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, berkata, pengalaman tersebut membuatkannya lebih selesa dengan kehidupan solo berbanding memiliki pasangan.

“Perkara (curang) ini buat saya takut nak kahwin. Lebih baik saya ‘single’ tetapi gembira daripada berkahwin kemudian sakit hati.

“Saya pernah kena curang beberapa kali. Isu curang ini bukan hanya tidak sepatutnya berlaku pada saya malah terhadap mana-mana wanita lain juga. Tiada alasan untuk anda melakukan kecurangan,” katanya dalam sebuah temu bual baru-baru ini.

Sementara itu, dia yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus memberitahu lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang kisah peribadinya dan membiarkan orang ramai terus berteka-teki mengenainya.

“Tiada sesiapa tahu semua benda tentang kehidupan dan hubungan peribadi saya.

“Saya suka menyimpannya segala-galanya secara privasi dan tidak akan menceritakan semuanya. Kalau orang nak buat tanggapan sendiri, lakukan,” ujarnya.

Anna juga mengakui tidak menyukai dan mengelak daripada mempunyai hubungan dengan lelaki yang suka berpura-pura atau bersikap hipokrit.

“Saya paling benci yang individu sejenis hipokrit seperti melarang saya melakukan sesuatu perkara tetapi realitinya dia pula yang buat,” kongsinya.

Sebelum ini Anna sering dikaitkan dan didakwa mempunyai hubungan istimewa sengan aktor Meerqeen.

Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan rapat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI