fbpx

2 juta kenderaan guna lebuh raya, Plus aktifkan ‘SmartLane’ sempena Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Plus Malaysia Berhad (Plus) menjangka dua juta kenderaan sehari akan berada di lebuh raya kendaliannya terutama pada hari puncak sempena musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baharu.

Plus dalam kenyataan berkata, susulan itu, pihaknya mengaktifkan laluan ‘SmartLane’ di beberapa lokasi kritikal bagi membantu menyuraikan trafik dan membantu pengguna menikmati perjalanan selamat, lancar dan selesa.

Katanya, laluan diaktifkan bergantung kepada keadaan semasa membabitkan Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai di Kilometer (KM) 19.0 hingga KM27.0 arah utara bermula hari ini dari 8 pagi sehingga 6 petang.

“Persimpangan Port Dickson sehingga Persimpangan Seremban arah utara (KM260.0-KM263.1) mulai esok hingga 25 Disember dan 29 Disember hingga 1 Januari 2024 dari 9 pagi sehingga 10 malam.

“Plus juga bersiap sedia untuk mengaktifkan laluan arah utara di Gua Tempurung hingga Gopeng (KM306.7-KM297.0); Slim River hingga Sungkai (KM366.8-KM354.0) serta Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang hingga Persimpangan Sungai Buaya (KM439.5-KM435.5),” katanya.

Selain itu, Plus juga menambah pasukan PLUSRonda untuk mengadakan rondaan di lebuh raya serta menghentikan sementara kerja penyelenggaraan (pengecualian diberikan kepada kerja kecemasan) jalan sejak Rabu lalu hingga 1 Januari 2024.

“Kira-kira 4,600 kakitangan plaza tol, PLUSRonda, penyelenggaraan, Pusat Pemantauan Trafik dan anggota RELA ditugaskan sepanjang tempoh itu.

“Makluman trafik terkini turut disediakan menerusi My-TTA, paparan papan tanda elektronik lebuh raya, aplikasi Plus, aplikasi X @PLUSTrafik, laman media sosial, Chatbot PUTRI dan stesen radio,” tambahnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI