fbpx

Wanita tinggal anak dalam MPV dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang dinaiki oleh ibu dan anak perempuannya ketika kejadian tersebut.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang cuai meninggalkan anak perempuannya berusia dua tahun selama lebih tujuh jam di dalam sebuah kenderaan sehingga kanak-kanak itu meninggal dunia akan dituduh di Mahkamah Seksyen di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita nyang berusia dalam lingkungan 30-an itu akan didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Suspek akan dituduh esok pada pukul 9 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya sama ada terdapat kes cuai yang diheret ke mahkamah sebelum ini, Mohamad Fakhrudin mengakui jarang sekali suspek didakwa di bawah seksyen tersebut.

“Ada kes ini sebelum ini tetapi sangat jarang suspek dituduh di bawah seksyen ini.

“Kita harap dengan pertuduhan ini, orang ramai mempunyai kesedaran yang tinggi untuk tidak mengabaikan anak-anak seperti tertinggal di dalam kereta sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas lebih tujuh jam ditinggalkan dalam sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire di kawasan perumahan Ara Damansara di sini, 8 November lalu.

Polis menerima panggilan daripada ibu mangsa yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri pada pukul 3.49 petang.

Siasatan lanjut mendapati pada pukul 7 pagi, ibu kanak-kanak itu menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran seterusnya ke tadika untuk menghantar mangsa.

Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan online sehingga terlupa menurunkan kanak-kanak tersebut di lokasi.

Ibu mangsa kemudian balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada dalam kenderaan pada pukul 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI