fbpx

[VIDEO] Tempoh gangguan bekalan air di Bayan Lepas mungkin lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air yang memancul keluar di permukaan sungai selepas kerja-kerja kimpalan bawah air selesai dijalankan di Sungai Perai, hari ini.

BALIK PULAU – Tempoh gangguan air di Daerah Barat Daya terutama di kawasan Bayan Lepas mungkin mengambil masa lama berikutan berlaku kebocoran dari saluran paip dasar sungai selepas kerja-kerja kimpalan bawah air selesai dijalankan di Sungai Perai, pagi tadi.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, kebocoran telah dikesan dengan air yang memancul keluar di permukaan sungai selepas mengepam air terawat melalui saluran paip sepanjang 1,350 milimeter pada pukul 11.40 pagi tadi.

“Walau berlaku kebocoran dan kehilangan air, PBAPP terus mengepam air terawat ke kawasan di Daerah Barat Daya (DBD). Pengguna di DBD harus terus menerima bekalan air, walaupun pada tekanan air yang lebih rendah, sehingga pukul 8 malam nanti.

“Selepas jam 8 malam, PBAPP akan melaksanakan “Pelan B”. Pemasangan plat keluli yang akan diapit ke bawah untuk memasangkan kebocoran.

“Oleh itu, gangguan bekalan air yang dirancang dan berjadual akan menjejaskan kira-kira 120,000 pengguna di DBD mulai 8 malam hari ini,” katanya di sini.

Justeru katanya, tiada bekalan air kepada pengguna terjejas sehingga selesai operasi pengapitan bawah air dijalankan.

“Bantuan kecemasan lebih daripada 10 lori tangki air akan dikerahkan untuk menghantar air ke kawasan hujung rangkaian paip agihan (EoL) dan kawasan tanah lebih tinggi petang ini,” kata kenyataan itu.

Tinjauan Kosmo! Online di sini kawasan Bayan Lepas mendapati, sehingga pukul 7.30 malam ini, masih tiada bekalan air walaupun pada tahap rendah diterima penduduk terjejas, kurang setengah jam pemasangan plat keluli dijalankan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI