fbpx

Longkang monsun retak punca tanah runtuh di Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (dua kiri) ketika melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong hari ini.

SERDANG – Laporan awal berhubung kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong di sini dipercayai berpunca akibat keretakan longkang monsun.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, keretakan itu menyebabkan air mengalir ke kawasan cerun mengakibatkan ia mendap dan runtuh.

“Longkang monsun yang disediakan pemaju dibina di atas tebing cerun dan apabila berlaku keretakan air mengalir ke bawah.

“Namun, saya berpandangan longkang ini memang tidak boleh dibuat di kawasan rendah kerana ia membawa air dari Tasik Wawasan.

“Kalau dia turun ke bawah air tu tak boleh mengalir kerana (invert level) tak dapat. Jadi bila (longkang) ini di atas, saya yakin pokok besar dan akar menyebabkan ia retak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Dalam pada itu, Izham berkata, pihaknya menerusi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan melantik konsultan bagi meneliti dan membuat kajian mengenai perkara tersebut.

Selain itu, jelas Izham, kerja-kerja pemasangan longkang monsun akan dimulakan bagi mengelakkan kejadian banjir dan pencemaran.

“Kalau air bertakung di bawah ia akan menimbulkan masalah semula kerana air yang mengalir dari longkang monsun ini banyak. Jika kita nak (tadah) di kawasan Indah Water Konsortium (IWK) punya pun dah tercemar,” katanya.

Berhubung laporan kejadian dan membaik pulih cerun, Izham memaklumkan, ia dijangka siap dalam tempoh tiga minggu.

“Laporan akan siap tiga minggu lagi sebab ini adalah kecemasan dan dalam masa yang sama kita juga akan kenal pasti punca (keseluruhan) kejadian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI