fbpx

Ribut petir seluruh negara sehingga pukul 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hampir di seluruh negeri malam ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Selain itu, di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong), Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) turut dijangka mengalami cuaca sama,” jelas MetMalaysia.

Manakala di Sabah, hujan diramalkan berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat serta Sarawak di Mukah, Bintulu dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI