fbpx

Perodua nilai isu Daihatsu tangguh pengeluaran kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang melakukan penilaian terperinci mengenai pengumuman Daihatsu Motor Co Ltd (DMC) mengenai penggantungan model-modelnya disebabkan oleh ‘ketidakaturan prosedur’.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya sedang dalam perbincangan bersama pihak berkuasa Malaysia tentang kesan perkembangan itu terhadap kenderaan keluaran Perodua.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan yang kami hargai dan orang awam atas keresahan yang timbul susulan pengumuman ini.

“Perodua akan berkongsi hasil perbincangan ini dengan semua pelanggan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, DMC dalam satu kenyataan semalam mengumumkan akan menangguhkan sementara penghantaran kenderaan selepas siasatan skandal penipuan menemukan masalah membabitkan 64 buah kenderaan.

Panel penyiasat bebas telah menjalankan siasatan terhadap DMC selepas pengeluar itu mengakui terdapat unsur penipuan terhadap ujian keselamatan kemalangan bagi 88,000 kereta kecil April lalu, kebanyakannya dijual di bawah Toyota.

Berdasarkan dokumen yang dimuat naik oleh Daihatsu, terdapat beberapa model Perodua yang turut disenaraikan termasuklah Axia generasi pertama, Axia generasi kedua, Alza generasi kedua, Aruz, Ativa, Bezza dan Myvi.

Manakala, model Toyota untuk pasaran Malaysia yang terjejas ialah Toyota Rush, Vios, Veloz dan Yaris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI