fbpx

Pekerja p-hailing didakwa edar dadah lebih 112 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana mengedar dadah seberat lebih 112 kilogram (kg) di sebuah tokong, di sini, lebih seminggu lalu. FOTO/ MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Seorang pekerja p-hailing didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana mengedar dadah seberat lebih 112 kilogram (kg) di sebuah tokong, di sini, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada D. Dkrishna Roa, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Dia didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 112482 gram (112.482 kg) di Hock Siew Keng Temple, Jalan Tuanku Antah pada pukul 8.55 malam, 9 Disember lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI