fbpx

Pekerja gudang mengaku salah rempuh anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Khairul (kanan) ketika dibawa anggota polis untuk proses pendakwaan di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. Foto : Saddam Yusoff

SHAH ALAM – Seorang pekerja gudang yang merempuh anggota polis trafik sewaktu sekatan jalan raya (SJR) mengaku bersalah atas dua pertuduhan selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Khairul Syazwan Sulaiman, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Pemuda itu didakwa sengaja menghalang Koperal Ahmad Haizaki Salimon dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam apabila enggan memberhentikan motosikal Yamaha Y15 yang ditunggang bagi tujuan pemeriksaan.

Dia juga didakwa menunggang motosikal secara berbahaya. Kesalahan itu dilakukan di Persiaran Sultan berdekatan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 3 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM15,000 atau kedua-duanya.

Peguam Shalehhuddin Salam memohon penangguhan hukumam berikutan anak guamnya masih menjalani rawatan akibat kemalangan tersebut.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan 7 Februari depan ditetapkan untuk tarikh jatuh hukuman.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI