fbpx

NRES teliti langkah atasi banjir termenung di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang yang dinaiki air. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan melakukan ubah suai pada struktur alur limpah Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Pengkalan Teluk, Rantau Panjang, Kelantan susulan masalah banjir termenung di kawasan itu.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya mengakui masalah banjir termenung berlaku disebabkan pembinaan PLSB dan struktur alur limpah itu dibina pada awal tahun ini bagi mengatasi masalah tersebut.

“Kita akui ia antara kesan sampingan daripada pembangunan PLSB susulan jumlah hujan yang tinggi,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi dialog awam menangani masalah jerebu rentas sempadan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gesaan penduduk setempat agar kerajaan membina terowong pada benteng terbabit bagi mengatasi masalah air tersekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI