fbpx

Mutu vokal Khai Bahar merosot?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAI Bahar

Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) sudah selesai tapi macam biasa, rumah sudah siap pahat masih berbunyi.

Antara penyanyi yang meraih tumpuan adalah Khai Bahar yang mempertaruhkan sebuah lagu solo dan dua dendangan duet.

Bukan mengenai ketiga-tiga karya, sebaliknya dalam media sosial netizen mempertikaikan tahap vokal penyanyi berusia berusia 29 tahun itu.

Tak sedap, mutu vokal menurun dan kritikan hampir sama diluahkan segelintir penonton program pertandingan itu sebagai luahan kekecewaan mereka.

Begitupun, masih ramai mempertahankan penyanyi kesayangan mereka dengan menegaskan Khai sudah buat sehabis baik.

Agaknya keadaan kesihatannya yang sebelum ini pernah diserang demam teruk sampai ditahan di wad jejaskan suaranya. Mungkin?

Mizz Lahar: Siapalah mulut jahat yang dakwa seorang selebriti sudah menjanda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI